Sunday, November 30, 2008

JOM BERIADAH KAT PUTRAJAYA

Ni makanan yang kita orang belasah bila dah penat jalan


Tengok Ema dah kekenyangan

Ni Ema.... masa kat Taman Botani tu kita orang jalan kaki jer,tengok Ema dah bimbit kasut dia.heheeh dah melecet la tu.Sepatut nya boleh naik traim

Tengok kaki Ema dah melecet

Ni Ema,Ema ni kawan saya masa kat Unimas,sekarang ni dia sambung master kat UM,tak lama lagi dia jadi lecture la kat Unimas.

Beriadah di Taman Botani

Hari tu kita orang bersiar - siar kat Taman Botani kat Putrajaya.Kat sana kalau nak beriadah ok lah,tapi sunyi sikit sebab tak ramai orang datang,kalau sesapa datang nak berjogging atau nak berbasikal ok la Jom kita Tengok apa ada kat Taman Botani ni

Kat bawah ni jenis - jenis paku pakis















Cantik kan tempat ni.... sepatutnya kat dalam tu boleh masuk,tapi kena ambik tiket dulu,tapi sebab kita orang tak tau kat mana nak beli tiket so dok kat luar jer lah.





Thursday, November 27, 2008

Besar Kan Peranan ISTERI

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri
yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami .

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga
luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan
tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses
informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara
isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias
isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.
Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya
jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak . Benih
dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n
berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata
dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan
rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk
isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma
ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu ,
kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri
kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok
belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma
masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang
semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin
dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh
control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma
main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,
jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda . Selalunya
perempuan ni, semakin suami 'degil' tak nak minta pertolongan, selagi
itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,
bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu
barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke
nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja .

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri
pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,
jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati
nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?
Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa
doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai
isteri nak mampus pun tak perasan .

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat .
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan . Bukannya laku bila
dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti
yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga
belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya
dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati .
Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati
orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,
perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami
boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan
kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.

jom kita renung sama-sama

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah
sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain,
terdiam seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur
lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di
dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang
menayangkan iklan Sunsilk, mustahil
sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia
menghela nafas panjang. Dia memandang
sekali imbas wajah Asraf Mukmin,
kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap
dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis,
Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia
masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya
kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan
suaminya. Kini, anak-anak kian
beranjak remaja. Kemudian, dia
menjenguk bilik putera bujangnya yang
berdua, si kembar, Solehin dan
Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada
suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali
isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16 tahun yang lepas
menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri
solehah
. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan
pembantu tadbir kesetiausahaan di
jabatannya benar-benar membuatkan dia
lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku
rasa kau mampu untuk beri makan 2
keluarga," sokongan Hanif, teman
sepejabat menguatkan lagi hujah
apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis
sanggup bermadu jika itu yang
ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan seseorang yang mampu memimpin
Qis," masih terngiang-ngiang bicara
lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya
punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
selesai solat subuh, cepat-cepat dia
bersiap untuk ke pejabat. Tidak
seperti kelaziman, dia akan bersarapan
berjemaah bersama isteri dan anak-
anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran
Bumi Kenyalang benar-benar menjerat
hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan
permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan
tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang
panas baran. Aliyah terlalu sempurna,
baik tetapi ahh hatinya kini sedang
mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia
bersama Aliyah selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan
isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah
hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia
menganguk, tanda setuju. Sebab, dia
yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya
bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya
perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu
zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,
isteri-isteri lebih bijak. Teringat
dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara
menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur
hidup diterima sebagai hadiah sebuah
perkahwinan yang tidak sempat
dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman
daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan
isteri Abg," terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut
dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan
Qis?"

"Takutlah Qis, silap haribulan dia
bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu
orangnya. Abg dah lama hidup
dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu
apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan
dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina
lah. Jangan haraplah jika nak membuli
aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina
bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi
Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka
sendiri tidak mengetahui ke mana
Qistina pergi. Genap seminggu juga
peristiwa dia menghantar Qistina untuk
ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia
diminta oleh Aliyah bermunajat di
Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya
benar-benar terusik. Sekian lamanya
dia tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina,
saban malam dia akan bersama dengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah
dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok
Qistina melalaikannya. Haruman Qistina
memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi. Sunyi dengan

tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia
cuba
mencari dirinya, Asraf Mukmin yang
dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung
Seputih. Asraf Mukmin yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah
yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya
seperti biasa. Tiada kurangnya layanan
Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci
untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke
kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan
terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis
tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu
jadikan diri Qis sehebatnya utk
bersama Abg,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul
besar.

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul
berwarna cokelat yang hampir saiz
dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang
tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang
Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana Abg membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian
Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model,
dia memang mengalahkan Aliyah yang
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-
bajunya memang mengikut peredaran
zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.
Aliyah tak sanggup Abg diheret ke
neraka kerana menanggung dosa.
Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di
akhirat
sana , apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah
sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak.
Memang pandai dia masak, apatah lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan
Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada
lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah
pula Aliyah kalau-kalau selera Abg
sudah berubah. Tapi, Aliyah masih
ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western
food, Abg muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak
kita semuanya ikut selera ayah mereka.
Kesian nanti, tak makan la pula anak-
anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat
berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,
nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat
Abg yang lahir, jadinya Aliyah
harapkan dia mampu untuk mengajar anak-
anak Abg nanti untuk menjadi imam dan
imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai
telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah.
Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. Abg lebih memahaminya.
Ini penilaian selama 1 hari, Abg
mungkin dapat membuat penilaian yang
jauh lebih baik memandangkan Abg
mengenalinya lebih dari Aliyah
mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang
keizinan berpoligami. Telah siap
Aliyah tandatangan. Juga sekeping
tiket penerbangan MAS ke
Sarawak
. Jika
munajat Abg di Masjid Putra
mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah
borang ini, isi dan pergilah kepada
Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,
Qistina telah berada di sawarak.
Menunggu Abg... Aliyah sayangkan
Abg... Tetapi jika Abg merasakan
Qistina masih belum cukup hebat untuk
dijadikan isteri Abg, pergilah cari
wanita yang setanding dengan Aliyah...
Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah
adalah isteri yang hebat untuk Abg..
tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg,
roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu
biliknya. Di situ berdiri Aliyah
Najihah bersama-sama hidangan sarapan
pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!! !!

RAHSIA 7 JARI

1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 &
angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah
Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka
& Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat
lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari
kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa
benda pun akan start dr kecil then membesar &
terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam
seluruhnya. Whatever we do semua start dari
kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri
impact/kesan yg besar pd masa depan.

4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la
dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm
jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn
cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan
tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu
ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya
status & ekonomi & career yg stabil but kita kena
careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu
pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki,
hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan
macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi
khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan
syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu
dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam
kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya
telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh &
tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita
perlu jadi role model to the new generation.. jadi
pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great
mind.

7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk &
pendek compare to the others but it shows
kematangan & kehebatan yg membanggakan.
Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi
bayangkan kalau takde ibu jari... nak
gengam/pegang something cukup susah.. nak
pegang sudu pun susah. To young generation, nak
buat apa2
rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita
patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita
say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia
kejayaan kita.

penyakit-penyakit

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi
kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi
penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi
tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor
dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah
dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada
liang vagina..

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua..

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.
Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau
tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh
mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala
kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang
terlebih.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan,
malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak
'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan
liang vagina)

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan
dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit
& tidak kelihatan awet muda

Tuesday, November 18, 2008

Al-Kisahnya

Pada suatu ketika, ada seorang pencari kayu api bernama Pak Jongos masuk dalam hutan utk cari kayu api. Dia membawa bersama sebilah kapak. Sedang dia menyeberang titi yang merentangi sebtg sungai, tiba2 kapaknya terjatuh ke dlm sungai itu. Maka Pak Jongos pun susah hati. Sedang dia bersedih itu, muncullah pari2.

"Kenapa engkau bersedih?" tanya pari2.

"Kapak aku jatuh dlm sungai," jawab Pak Jongos.

"Engkau jgn susah hati.. aku boleh tolong ambilkan," kata pari2 seraya masuk ke dlm sungai. Beberapa ketika kemudian, dia muncul membawa sebilah kapak emas.

"Ini ke kapak engkau?" tanya pari2.

"Bukan," jawab Pak Jongos sambil menggelengkan kepalanya. Pari2 masuk semula ke dlm sungai.

Beberapa ketika kemudian, pari2 muncul semula membawa sebilah kapak perak.

"Yang ini ke kapak engkau?" tanya pari2 lagi. Pak Jongos menggelengkan kepalanya.

"Bukan," jawab Pak Jongos. Pari2 masuk lagi ke dlm sungai. Beberapa ketika kemudian, ia muncul kembali membawa sebilah kapak besi yang sudah berkarat.

"Macam mana pulak dgn yg ini?" tanya pari2 sambil menunjukkan kapak besi itu kpd Pak Jongos. Pak Jongos pun tersenyum gembira.

"Haa, ini baru kapak aku!" ujar Pak Jongos sambil mengucapkan terima kasih kpd pari2. Oleh krn kejujurannya, pari2 itu tlh memberikan ketiga2 kapak itu kpd Pak Jongos.

Suatu hari yg lain, Pak Jongos masuk ke hutan dgn isterinya. Kali ini isterinya pulak jatuh ke dlm sungai. Pari2 pun muncul menawarkan bantuan.

Setelah beberapa ketika, pari2 pun membawa naik Siti Nurhaliza.

"Yang ini ke isteri engkau?" tanya pari2.

"Ya! Inilah isteri aku!" jawab Pak Jongos dengan pantas. Mendengar jawapan Pak Jongos itu, pari2 menjadi marah krn dia tahu Pak Jongos berbohong.

"Aku tak sangka engkau tlh berubah. Kelmarin engkau jujur, mengapa sekarang engkau berbohong?!" tanya pari2.

"Eh! Engkau salah sangka. Aku tak berniat nak tipu engkau.. kalau aku kata Siti Nurhaliza ni bukan bini aku, nanti engkau bawak naik Wardina pulak. Kalau aku kata bukan jugak, barulah engkau bawak naik bini aku. Lepas tu tiga2 kau kasi kat aku sebab aku jujur. Takkan la bini aku sanggup dimadu!" jawab Pak Jongos.

Sunday, November 16, 2008

Percutian di Bukit Freaser

ni dia orang tengah tengok CD sambil makan biskut tu yang comot mulut tu




dia orang kat sana best friend.hehehheeh pergi mana pun bersama


01 November 2008

aku ngan family g bukit freaser,saja jer nak relaks.masa kita orang pergi tu hujan,fuhhhhhh cuaca kat sana sejuk.Kat sana kita orang lepak kat rumah banglo Bank Negara,sebab kawan tu dia kerja kat Bank Negara.kita orang sampai sana pun dah petang.Sebelah malam tu kita orang buat BBQ,best gak la,daging bakar paling best.


02 November 2008

Bangun pagi lepas breakfeast kita orang tengok cd(lupa apa tajuk movie tu),lepas habis tengok cd kita orang siap-siap nk keluar kononya nak pergi naik perahu tapi tempat tu under renovation pulak.pastu kita pergi lak nak naik kuda ngan memanah,pun tutup gak tempat tu pun under renovation gak. lepas makan tengah hari tu kita orang pun balik la.Masa dalam perjalanan balik tu hujan lebat giler...