Thursday, February 18, 2010

PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN

Ni masa aku kerja kat Pejabat PesuruhJaya Sukan, masa majlis pertukaran bos.Ni kek aku sponsor sempena hari ibu,buat sekaligus la.Yang tengah memotong tu golongan ibu-ibu lah kiranya termasuklah aku.hahahah
Dari kiri Kak Sal, dia ni kerani bahagia pentadbiran. Sebelah dia tu Kak omil, kak Omil ni very sporting,best sangat dia. Dia ni suka tolong orang,suka bagi nasihat,memang best sangat.Petang-petang dia la cikgu erobik aku.Kita orang kalau petang-petang suka g bilik Gim untuk buat erobik, aku wat erobik memang berkesan kurus gak la aku lepas erobik tu.Yang tudung putih tu lah kak eida,dia pun best gak sporting gak,memang best la dia la geng aku kita orang selalu makan sesama,memang best.Yang baju kuning berdiri tu Diana,aku tak der la rapat sangat ngan dia sebab dia bahagian lain. Yang duduk lak Kak Nor,dia ni wanita polos,dia ni pun sporting gak, memang best.
Dari Kiri Kavi, yang sebelah dia tu Kak umie(kak atas tadi dah citer),sebelah kak Umil tu kak Ana, aku tak de la rapat sangat sebab dia baru jer masuk department aku, sebelah aku tu Hajar, dia la best friend aku masa kat PJS, selalu la dok bergosip ngan dia,macam-macam hal





Awet cun yang berdiri tu Kak Ruby,dia setiausaha Dato'.Kakak ni pun best gak







Wednesday, January 6, 2010

Happy Birthday Aufa Shahmie !!!

Ni la Aufa Shahmie 16/12/2009 genap la 3 tahun


Ni aku bawak dia celebrate kat sekolah dia biar dia rasa meriah dan dihargai,seronok dapat sambut ngan kawan2

Ni masa celebrate kat umah....dah besar dah ni kek yang ke tiga la...







jom melawat sekolah TAAM


Ni masa sukaneka kat sekolah.Mai la aku perkenalkan.dari kiri Ustaz Suriadi dia ni suka nyakat orang,kekadang geram gak bila dia nyakat aku tapi dia ni bagus sebab dia peramah,masa aku mula-mula masuk sekolah tuh macam-macam dia tanya.letih gak la nak jawab. :P,yang tengah lak cikgu Junaldi,dia ni orang ganu,dia ni ok gak la,banyak gak tolong aku,sebab apa-apa yang aku tak tau aku selalu tanya dia sebab dalam bilik guru dia dok belakang aku jer. Masa mula-mula masuk aku malu nak cakap ngan dia tapi bila dah lama seronok gak sembang ngan dia.kesimpulan dia ni ok.yang tepi sekali tuh cikgu Zakiamani dia ni ore kelate,walaupun sama ngeri tapi aku tak pernah cakap kelate ngan dia,entah aku malu nak cakap kelate ngan dia (ntah apa-apa ntah :p)





Ni lak masa hari convokesyen budak darjah 6,awet cun yang pakai baju hijau tuh guru caunseling nama dia Azimah,cikgu-cikgu kat sekolah tuh selalu tertukar nama aku ngan nama dia.apa-apa pun dia memang best.awet yang tengah tu plak cikgu Mahani,kakak ni memang best.aku respect kat dia.Yang baju hitam tu plak sir Hadi, dulu aku tak la baik sangat ngan dia tapi bila dah hujung-hujung tuh dah baik ngan aku. yang 2 orang tuh kat atas aku dah perkenalkan so tak payah lah perkenalkan lagi.

Lelaki 3 orang tu aku dah citer kat atas,awet cun tu teacher Norly,kakak ni memang baik sangat,penyayang sangat.dia la orang pertama yang tegur aku.kesian aku masamula-mula masuk sekolah tu tak de orang nak tegur,kak Norly ni la yang tegur aku,orang lain buat tak nampak jer

Yang pakai jubah kuning tu la guru besar aku dia memang baik sangat tak pernah pun marah
Ni lak Nani dia ni pun ok gak,dia la yang selalu layan aku sembang


Dulu aku pernah jadi cikgu kat sekolah kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid dari bulan Jun - December sebagai guru pentaksir. Sebenarnya jadi guru pentaksir ni bukannya seronok sangat. Nak tau kenapa??? sebab cikgu-cikgu kat sekolah tu bukan nya boleh terima sangat aku kat sekolah tu ( bukan semua cikgu la) .Aku dapat rasa dia orang tak senang bila aku ada kat sekolah tu. Mentang-mentang la aku ni kontrak kat sekolah tu :p Cikgu-cikgu ni mulut boleh tahan. Tapi ada gak cikgu yang baik hati .So aku ambik keputusan tak nak sambung kontrak walaupun Kementerian suruh sambung aku rasa aku memang tak nak sambung
Untuk kawan-kawan yang menghargai dan menyedari kewujudan aku kat sekolah tuh tq very much

Saturday, February 21, 2009

IBU ATAU PASANGAN

Sebelum ada pasangan


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..
Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu!!
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk lagi, yang datang pujuk aku juga... Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu

Tapi bila aku dah ada pasangan hidup sendiri!!

Bila seronok ... Aku cari pasanganku
Bila sedih ... Aku cari Ibu
Bila berjaya ... Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal ... Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia ... aku peluk erat pasanganku
Bila berduka ... aku peluk erat ibuku
Bila nak bercuti ... Aku bawa pasanganku
Bila sibuk .... Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine ... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu ... Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu.........Aku ingat pasanganku
Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila-Bila.....Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

DUNIA......DUNIA.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam... tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepasmendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri ditempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imanmulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkanjemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.selainterhibur anda fikirlahlah. ..

" Lawak kan,
dari 1,000 org yg mengaku
dia Islam hanya20 ygbetul-betulberiman... ""

Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakanALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawamesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh...
tapi generasi skrang.. amatlemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaatlagi...""
Lawak,
ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..
tu pun bila timesembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung..
ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan,
ramai orang percaya kepada gosip
dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalamal-Quran"
"Lawak kan,
berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara,
akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak,
kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi
nak berdoa kepada ALLAh
alahai..
tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post
banyak thread atau e-mail yang berunsur lawak jenaka dan lucah
kesemua tempat tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan ???
/ Kenapa gelak/
tu kan realiti..
tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain....
berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?
berapa banyak?

Pikir2 kan lah...

Thursday, January 29, 2009

JOM LEPAK KAT PALACE OF GOLDEN HORSES











Kita orang datang sini untuk pemeriksaan kesihatan.Bagus sebenarnya buat pemeriksaan kesihatan ni. Nanti kita akan tau apa yang kurang untuk kesihatan kita. Contohnya colestrol kita kena kurang berapa, air dalam badan kita cukup ke tak. Dan banyak lagi la.
kalau macam saya darah saya rendah so saya kena la seimbangkan supaya back to normal




1000 CIUMAN

Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yg terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang , Indon. Bulan ni dia tak dapat kirim wang utk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim surat yg isinya demikian:Isteriku tercinta,Maafkan kanda sayang, bulan ni kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman.paling cinta,Kanda SuparjoSeminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya Kanda Suparjo tersayang,Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg dah 3 bulan tertunggak.Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg lain dgn wang Rp650 ribu. Lumayan buat belanja sebulan.Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman. Kanda tersayang..bulan ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda.Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer??Paling sayang,dari Dinda Suti Nirwingsih.... gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!!