Saturday, February 21, 2009

IBU ATAU PASANGAN

Sebelum ada pasangan


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..
Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu!!
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk lagi, yang datang pujuk aku juga... Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu

Tapi bila aku dah ada pasangan hidup sendiri!!

Bila seronok ... Aku cari pasanganku
Bila sedih ... Aku cari Ibu
Bila berjaya ... Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal ... Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia ... aku peluk erat pasanganku
Bila berduka ... aku peluk erat ibuku
Bila nak bercuti ... Aku bawa pasanganku
Bila sibuk .... Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine ... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu ... Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu.........Aku ingat pasanganku
Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila-Bila.....Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

DUNIA......DUNIA.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam... tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepasmendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri ditempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imanmulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkanjemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.selainterhibur anda fikirlahlah. ..

" Lawak kan,
dari 1,000 org yg mengaku
dia Islam hanya20 ygbetul-betulberiman... ""

Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakanALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawamesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh...
tapi generasi skrang.. amatlemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaatlagi...""
Lawak,
ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..
tu pun bila timesembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung..
ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan,
ramai orang percaya kepada gosip
dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalamal-Quran"
"Lawak kan,
berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara,
akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak,
kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi
nak berdoa kepada ALLAh
alahai..
tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post
banyak thread atau e-mail yang berunsur lawak jenaka dan lucah
kesemua tempat tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan ???
/ Kenapa gelak/
tu kan realiti..
tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain....
berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?
berapa banyak?

Pikir2 kan lah...

Thursday, January 29, 2009

JOM LEPAK KAT PALACE OF GOLDEN HORSES











Kita orang datang sini untuk pemeriksaan kesihatan.Bagus sebenarnya buat pemeriksaan kesihatan ni. Nanti kita akan tau apa yang kurang untuk kesihatan kita. Contohnya colestrol kita kena kurang berapa, air dalam badan kita cukup ke tak. Dan banyak lagi la.
kalau macam saya darah saya rendah so saya kena la seimbangkan supaya back to normal




1000 CIUMAN

Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yg terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang , Indon. Bulan ni dia tak dapat kirim wang utk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim surat yg isinya demikian:Isteriku tercinta,Maafkan kanda sayang, bulan ni kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman.paling cinta,Kanda SuparjoSeminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya Kanda Suparjo tersayang,Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg dah 3 bulan tertunggak.Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg lain dgn wang Rp650 ribu. Lumayan buat belanja sebulan.Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman. Kanda tersayang..bulan ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda.Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer??Paling sayang,dari Dinda Suti Nirwingsih.... gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!!

Wednesday, January 28, 2009

ZOOM KUALA SELANGOR

Ni kat Bukit Melawati Daerah Kuala Selangor.Kat atas Bukit tu banyak benda yang kita boleh tengok dan kat atas tu jugak ada banyak tempat-tempat sejarah kat situ



Nak naik Bukit Melawati ni kena guna traim.Nanti traim ni akan bawak la pusing -pusing kat atas bukit ni.







Ni kat atas Bukit Melawati. Kat belakang tu pantai sebenarnya.

bangunan tinggi kat belakang tu rumah api.Masa zaman dulu-dulu tu la tempat orang melayu tengok penjajah yang datang nak serang dari arah pantai








Ni kat dalam Muzium.Muzium ni pun terletak kat atas Bukit Melawati. Ramai gak yang datang,kebetulan masa tu cuti Raya Cina.Kat dalam Muzium ni banyak gak barang sejarah, antaranya baju perang,pedang,pistol,duit syiling dan banyak lagi.




Kat bawah Bukit Melawati ni ada Taman Alam.Taman Alam ni tempat persinggahan semua jenis burung yang ada kat dunia ni.Kalau nak tengok jenis-jenis burung yang ada kat dunia ni boleh lah berkunjung ke Taman Alam Kuala selangor.Kat taman Alam ni pun ada pameran ikan.Adalah beberapa jenis ikan.















BERCUTI DI PD



























Ni masa kita orang bercuti di PD.Masa ni kita orang tinggal kat golf club.So tak de la sangat tempat yang dapat kita orang pergi.kat depan bilik kita orang tu padang Golf. so tak tau nak p mana dok hotel je la.Tambahan pulak husban saya ada ceramah kat situ. Sebelah malam tu ada wat BBQ tapi lupa lak nak ambik gambo.












JOM PI ZOO


Ni la antara gambar yang sempat dirakam