Thursday, January 8, 2009
Lelaki=Susun Masalah... Perempuan=Campurkan Masalah
“Otak lelaki boleh menyusun masalah dan biarkannya” “Perempuan mencampurkan masalah-masalah”.Cuba anda fikirkan... bagaimana otak lelaki beroperasi, dan sebaliknya,bagaimana otak perempuan beroperasi. Perhatikan lelaki-lelaki di sekelilinganda... lelaki di dalam kehidupan anda. Juga, perhatikan perempuan-perempuan disekeliling anda... perempuan di dalam kehidupan anda. Juga, tanyakan diri andasendiri, sebagai lelaki atau perempuan, apa yang anda lakukan ketikabermasalah... Yang ketara ialah lelaki akan terus membisu apabila dihujani masalah (shutoff). Perempuan mula membukakan mulut apabila dikunjungi masalah (switch on).Lelaki menyendiri... perempuan mencari orang untuk bercakap. .Lelaki yang bermasalah akan mula bercakap secara senyap di dalam diri. Jikamasalah kedua datang, lelaki mula menyusun masalah di dalam sudut-sudut otaknya.Jika masalah seterusnya mengunjungi diri lelaki, beliau akan terus menyusunmasalah-masalah tersebut dan tindakan seterusnya ialah lelaki akan mencari rakanuntuk melakukan aktiviti lain atau duduk di kedai mamak untuk minum 'tehtarik', 'kopi o' sambil menghisap rokok... sekotak... dua kotak didalam dunianya sendiri... perempuan - biarkan lelaki itu....Perempuan yang bermasalah akan segera mencari seseorang untuk membantunyamendengar dan berbicara tentang masalah. Perempuan bermasalah tidak boleh dudukdiam. Jika boleh, pada ketika itu juga ingin membuka mulut dan bercerita tentangmasalah. Jika hadir masalah kedua, perempuan menjadi pandai matematik... iaitumencampurkan masalah pertama dengan masalah kedua. Jika datang lagimasalah-masalah berikutnya, perempuan akan teruskan matematiknya... iaitumencampur-campurkan segala masalah yang ada... dan terus bercerita, berceritadan bercerita... bercakap, bercakap dan terus bercakap tentang masalahnya. Taksettle, tak apa! Mereka akan lega bila habis bercakap tentangnya. Lelaki =silalah jadi pendengar setia tanpa cepat-cepat memberikan jawapan kepada masalahitu... dengar dulu, sejam, dua jam, tiga jam... Juga, sebelum saya lupa, lelakihendaklah bersabar banyak-banyak, kadang-kadang (atau selalu!), anda tidak kenamengena dengan masalah perempuan, tetapi anda terbabit sama... anda kena tempiasnya... sabarlah cik abangsayang... bila beliau habis bercakap, oklah perempuan kesayangan anda!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment